Ahad, 23 Januari 2011

TIP PERSAHABATAN 1 - Cinta Dalam Persahabatan

Apabila berbicara tentang cinta, ramai memberikan skop yang kecil mengenainya. Sudah tentu terlintas di hati masing-masing mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan. Tetapi tidakkah terlintas di hati kamu bahawa dalam persahabtan juga wujudnya cinta yang menjadikan hubungan tersebut berkekalan hingga ke akhirnya. Sahabat dan kawan mempunyai maksud yang berlainan di mana sahabat lebih mencintai sahabatnya. Manakala kawan pula sekadar rakan ketika bersantai dan sebagainya. Mari baca apakah makna cinta dalam persahabatan yang sebenarnya.

1. Cinta menyebabkan seseorang sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi dengan menghargai sahabatnya dan menjaga hubungan persahabatab itu sebaik-baiknya kerana Allah telah menganugerahkan kepada kamu seorang insan yang begitu berharga dalam hidup kamu.

2. Cinta yang tulus dalam persahabatan tidak akan mati. Menerima sahabat seadanaya memerlukan perasaan yang jitu kerana kamu perlu belajar menepikan perasaan dan kepentingan diri sendiri untuk menerima keburukan seseorang. Setiap manusia tidaklah sempurna. Oleh itu, seburuk mana pun sahabat kamu, terimalah mereka seadanya. Itulah yang akan kekal selamanya.

3. Cinta tidak meminta apa-apa walaupun ucapan terima kasih sekalipun. Oleh sebab rasa cinta, tidak mustahil rakan kamu sanggup menjaga kamu dari dikasari atau dcederakan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka mengalami kecederaan asalkan kamu selamat.

4.Seorag sahabat yang sejati sanggup berkorban untuk sahabatnya yang lain kerana cinta yang mendalam dalam hubungan persahabatan tersebut. Berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit tidak menjadi maalah bagi seseorang yang bernama sahabat sejati.

5. Cinta dalam persahabatan juga boleh menjadi pemangkin untuk sahabatnya menjadi seorang yang lebih berjaya. Ini disebabkan sahabat boleh menjadi pemacu semangat yang tinggi, apatah lagi jika kamu berdua mempunyai cita-cita yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan